March 30, 2015

Mini Birthday Celebration and Pre-Graduation Picture

Assalamualaikum & Hi!!


Ni nak cerita pasal hari sabtu pulak. Pagi tu, tetiba aten hantar mesej suruh datang rumah before ambil gambar unikl. Rupanya,aten masak pulut kuning!!! Aku memang happy gila-gila time tu..terus hilang semua stress hehe. Sebenarnya aku dah pesan awal- awal dekat diorang,  Don't give me anything on my birthday because I have everything that I need. I don't even want a birthday cake. I just want to eat pulut kuning with rendang ayam because thats my favourite and that's it. Tapi aku tak expect apa-apa pun sebab aku tahu pulut tu susah nak buat and everyone is busy. Rupa-rupanya budak budak ni dah ada plan belakang aku..Sweet betul diorang ni. Thank you guys ;)

Sedap sangat sangat sangat

Lepas makan terus pergi ambil gambar UNIKL. Ni first time complete 36 orang after 4 years. It's amazing how fast time flies by and you don't even realize it. Ada yang dah kahwin pun sekarang hehe. Less than 3 months,budak dentist dah grad. Lepas tu,tak tahu la bila lagi boleh kumpul complete macam ni *habuk masuk mata* 


First time datang jordan, aku kena culture shock teruk. It feels so hard to adapt to the environment. Everything was so different compared with Malaysia. But diorang ni yang banyak tolong masa tu. Alhamdulillah,I'm still here until now. I love all this girls so much :)

Girls Power!

Sekarang memang musim ambil gambar graduation kot. Aku pun dah tak tahu berapa banyak gambar aku ada. Padahal final exam pun belom lagi haha. InshaAllah yang amik gambar tu semua dapat grad sekali ,Amin. Sekarang kita upload gambar labcoat dulu,nanti grad kita upload gambar pakai jubah ek..

Just-Mestech

My Clinical Group for 2 years - Group 6


**Dear you,
It feels weird seeing you again after months. But I'm dying out of curiosity, why would you think that person is me? 

22.3.2015-27.3.2015


Assalamualaikum & Hi!!

Minggu lepas minggu yang paling busy untuk aku setakat ni. super duper busy.
Important Clinics, Exam, Birthday, Reunion unikl all in one week.

[22.3.2015/Sunday] Clinic Conservative Dentistry
Kalau hari ahad, aku confirm akan stress sebab ada clinic cons huhu. Sepatutnya last appointment RCT diba last week tapi sebab gigi patient dia tu ada problem sikit, diorang sambung minggu ni. Alhamdulillah diba siap jugak sebab aku dah la tinggal 4 minggu je lagi weii nak setelkan RCT case. T_T

Petang tu, baking time!! haha actually masa weekend tu, tiba-tiba rasa nak jual cupcake. Diba pun semangat gila so dia terus post dekat group amik pre-order. Nasib baik laku. cuba kalau takde orang layan,segan weii huhu.

Aku start bake pukul 6. Ingatkan Isyak dah boleh siap bake tapi aku lupa satu benda. Lupa nak beli extra Cupcake pan hahaha. Kiranya,aku boleh bake 6 pieces je at one time. Total aku kena bake 70++ pieces. End up pkul 12 malam baru habis bake. Frosting aku buat lepas subuh esoknya sebab takut cream cheese rosak. 
My Cupcake. 3 for 1JD haha

[23.3.2015/Monday] Clinic Oral Radiology
Clinic yang paling relax sebab aku dah setel presentation and requirements. Petang tu,ada lecture dekat just. Malam tu busy sikit sebab kena study material untuk clinic paeds esok and material exam surgery.  

[24.3.2015/Tuesday] Clinic Pediatric dentistry
Hari ni turn aku buat pulpotomy. Sepatutnya last 2 weeks aku dah buat pulpo tapi bila dah habis 
remove caries,rupa rupanya cavity tu tak touch pulp. Doctor kata bagus sebab aku berjaya conserve the 
tooth tapi aku tak happy.. sebab susah nak dapat case pulpo huhu. Anyway, setel jugak pulpo 
requirements. Patient aku tu sangat comelsebenarnya. Tapi kalau start je buat kerja,terus tak 
cooperative. So,everything jadi slow sebab nak pujuk dia stop menangis dan suruh bukak mulut. 
Akak pun rasa nak menangis sekali adik oiii huhu.
My Paedo patient.
Balik clinic,aku dah tak larat terus tidur. Bangun-bangun, pelik kenapa banyak sangat notification ni. 
hahaha lupa Malaysia dah tengah malam. It's my birthday!! :) Kejap je happy sebab lepas tu aku terus
kena study for exam. Bilik aku paling hujung.so,wifi signal tak reach. Memang terpaksa la focus study 
haha.
Ada orang buat suprise hehe
[25.3.2015/Wednesday] Clinic Surgery and BIRTHDAY
Serious kalau bukan sebab orang wish,aku tak ingat pun birthday aku. Otak aku lagi risau exam surgery sebab material dia banyak nak kena ingat dan susah. Clinic hari ni aku dapat cabut remaining root lower left molar. Itu pun sebab clinic kosong hehe. Budak arab banyak ponteng sebab nak study. 
Tengah buat extraction 

Balik tu, terus pergi makan and sambung study. Budak medic pun ada exam jugak. So,housemate aku semua buat hal sendiri. Aku tak sempat pun nak reply fb,whatsapp,insta,etc. Sorry semua orang,aku memang risau nak exam je time tu. 
     
[26.3.2015/Thursday] Clinic Prosthodontic and birthday celebration
Pagi tu aku just assist diba untuk JRR complete denture. Lambat gila siap sebab doctor tak tolong. 
Pukul 12 baru gerak dari markaz sihi pergi JUST.Exam pukul 12.30. aku memang dah cuak sebab 
banyak lagi tak revise ni.Masa tu tawakkal je la. Alhamdulillah,sempat sampai before exam start and 
exam pun okay :)     
  
Lepas exam,terus rushing pergi careffour. Teman mira makan and beli barang baking.Balik rumah terus
bake sebab birthday mimi!! haha macam kelakar la jugak sebab cake tu untuk celebrate birthday aku 
sekali. Disebabkan birthday aku dgn mimi dekat, diorg memang combine celebrate dari dulu lagi. Lepas
maghrib, kumpul dekat rumah hanan makan makan. Malam tu,ramai-ramai pergi tengok movie 
Insurgent. 
Birthday Cake Daia and Mimi by yours truly :)
Aku tertido masa tengok movie sebab penat sangat hari tu haha.
Bae ❤
  
[27.3.2015/Friday] Cuti
Yeayyy,finally boleh tidur lama sikit. Petang tu,aku teman diba dengar ceramah president MDSA and try avocado milkshake. tak sangka sedapppppppp ^_^  

Sebabkan macam dah panjang sangat,aku continue pasal gambar grad dekat next post la hehe. 
 

Template by BloggerCandy.com